Blogger Templates

Tuesday, June 15, 2010

KL Festival 2010 (Akan Datang)


Seronoknya...So, teruja sebab KL Festival 2010 dah dekat.   Banyak aktiviti dan persembahan akan diadakan bermula pada hari pelancaran 27 Jun selama sebulan. KL Festival yang diadakan setiap tahun menghimpunkan karya-karya agung dan terbaik dari pemuzik tanahair. Festival Muzik Kuala Lumpur ini merupakan satu lagi inisiatif kerajaan dalam usaha menyediakan peluang kepada para karyawan muzik untuk mempersembahkan karya terbaik mereka kepada masyarakat. Dalam kerancakan pelbagai pihak luar menganjurkan pelbagai konsert artis luar, JKKN sebaliknya mengiktiraf bakat pemuzik tanahair yang berbakat dengan menyediakan landasan untuk mereka mempersembahkan hasil muzik bermutu untuk dikongsi dan dihayati bersama. Pelbagai aktiviti telah diaturkan sepanjang festival ini berlangsung. Rasa amatlah kecewa sebab tidak berada di KL sepanjang bulan Julai. Huhuhu...


Bagi meneruskan tradisi sejak mula festival ini diadakan bermula pada 1 Julai 2005 yang lalu, Festival Muzik Kuala Lumpur yang masuk tahun keenam (6) penganjurannya pada 2010 ini merupakan satu proses penjanaan aktiviti seni muzik yang direncanakan oleh JKKN dan sebagaimana lazimnya menjadi antara sorotan utama bagi pembuka tirai Festival Kuala Lumpur 2010. Semenjak penganjurannya pada tahun 2005, Festival Muzik Kuala Lumpur telah berjaya menarik hampir 24, 592 orang pengunjung dan peminat seni muzik tanahair dan khususnya peminat dari negara jiran berdekatan.

Justeru, pada tahun ini Urus Setia merencanakan beberapa konsert bagi seluruh pencinta muzik tanahair melalui Festival Muzik Kuala Lumpur 2010. Memandangkan festival ini mula menjadi acara tahunan Kuala Lumpur yang ditunggu oleh masyarakat kota yang sebahagian besarnya terdiri daripada generasi muda Malaysia, JKKN selaku Urus Setia seboleh mungkin ingin mengisi ’kehausan’ masyarakat yang cintakan pelbagai jenis muzik melalui penganjuran dan penajaan dari pelbagai pihak penaja yang sudi mengisi slot pada tahun ini. Selain itu, pemilihan tahun ini bukanlah menidakkan genre muzik lain yang tidak mengisi slot pada tahun ini, tetapi sebaliknya berusaha untuk mengetengahkan muzik yang dieksperimentasi dengan elemen tempatan.

Nak tau aktiviti yang akan diadakan sepanjang KL Festival 2010? Sila lah ke laman KL Festival 2010.

0 comments:

Post a Comment